Cadangan – Cadangan Yang Dibangkitkan
Melibatkan Diri Ke Dalam Sekolah – Sekolah Tamil
Pemimpin – pemimpin tinggi dari kerajaan pusat perlu melawat ke sekolah – sekolah tamil bagi memberi taklimat kepada guru – guru mengenai peranan yang harus dimainkan oleh mereka memandangkan keadaan sekarang yang dapat memcah belahkan lagi masyarakat kaum
Sebuah Panel, Jawatankuasa atau Task Force Team Ditubuhkan Bagi Memantau Aktiviti Serta Menetapkan Guideline Bagi Indian Cultural Society Di Kolej dan University
Dengan penubuhannya kesemua pelajar di peringkat kolej dan Universiti dapat dibimbing mengenai program – program yan sepatutnya dianjurkan, nilai – nilai murni dapat dipupuk dikalangan mereka bagi menangani masalah gejala social di peringkat tersebut, melatih mereka untuk menjadi pemimpin tempatan di peringkat akar umbi apabila mereka pulang kelak. Sekiranya pelajar – pelajar ini dilatih dan diterapkan mengenai pentingnya menyelamatkan genesrasi akan datang, para pelajar ini dapat berusaha dan memberi tunjuk ajak di Sekolah – Sekolah Tamil di Kawasan mereka.
Satu guideline juga harus ditetapkan agar ‘Introduction Week’ atau ‘ Freshies Week’ tidak disalah gunakan. Satu kes yang telah dibangkitkan disebuah blog baru – baru ini bahawa ICS di sebuah university di Melaka meminta pelajar untuk menyertai aktiviti suai kenal untuk tempoh 7 hari dan sehingga ke awal pagi. Adalah lebih baik sesi suai kenal tersebut digunakan oleh ‘Senior’ untuk membimbing pelajar baru mengenai bidang pelajaran dll. Sememangnya aktiviti suai kenal diperlukan tapi bukan sehingga 7 hari dan ke awal pagi dengan aktiviti menari, dll.
Menyatukan Semua NGO, Peniaga, Pengusaha, Ahli Perniagaan dan Penjual di bawah satu badan bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat pusat.
Tidak pasti jika cara ini kini diimplimentasikan oleh Indian Chambers of Commerce. Dengan penyatuan kesemua badan ini dibawah satu bumbung, kesemua maklumat, info, dan apa jua maklumat mengenai agama, ekonomi, pendidikan, peluan perniagaan, bantuan kewangan, peluang peluang menjana pendapatan dll dapat disalurkan sehingga ke peringkat akar umbi. ( Sila rujuk rajah )
Semua Persatuan, Pertubuhan berbentuk kasta perlu diharamkan dan dibubarkan
Tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan tiada pecah belah diantara Kaum
Note : Isu ini perlu dipandang serius kerana pemuda – pemuda sekarang menerapkan tingah laku ini di kalangan mereka. Di laman rangkaian / carian rakan ‘www.friendster.com’, group – group berbentuk kasta dimulakan. Sekiranya pemuda – pemuda kita boleh memulakan ‘ Groups ’ begitu, penubuhan Persatuan / Pertubuhan Kasta pada masa depan akan berlaku dengan lebih ketara lagi sekaligus kita dapat membuat kesimpulan bahawa untuk generasi akan datang, masyarakat kita akan tetap berpecah belah.
Menubuhkan sebuah Badan Induk Untuk Kuil Hindu, Isu 0 Isu Agama Hindu, Tanah Perkuburan Hindu, Paderi, Wasiat.
Nyata sekali Hindu Sangam gagal di dalam isu ini. Satu Jawatankuasa Induk perlu ditubuhkan bagi memantau aktiviti Kuil, mengelak pembinaan Kuil tanpa permit / lessen, apa jua isu berkaitan dengan agama, masalah – masalah tanh perkuburan dan juga paderi
Menubuhakan sebuah Task Force Team atau Melantik Sebuah NGO untuk memantau masalah – masalah yang dihadapi oleh Masyarakat India
Sebuah ‘ One Stop Department’ atau sebua NGO perlu diwujudkan untuk menerima masalah masalah yang dihadapi oleh masyarakat, sekolah tamil, ngo dll. Dengan penubuhan badan ini, semua masalah yang dihadapi akan sampai ke sini dan selepas itu boleh disalurkan ke agensi berkenaan untuk penyelesaian.
Meningkatkan Kadar kelahiran Kaum India, Pendaftaran Prkahwinan, dan Pendaftaran Anak Baru lahir
Satu tindakan perlu dilakukan untuk memastikan kadar kelahiran Masyarakat
Pendaftaran Perkahwinan kaum