Thursday, July 10, 2008

Free Course

Jabatan Tenaga Manusia dengan kerjasama Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Malaysia (MAHTEC) akan mengadakan Kursus Asas Perhotelan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 11 Ogos - 5 September 2008
Tempat : Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Bukit Minyak, Pulau Pinang

Kursus ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur dari 17 - 35 tahun. Kelulusan Minima adalah PMR dan berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah keutamaan. Tarikh tutup permohonan adalah 5 Ogos 2008 dan borang permohonan bolehlah dihantar terus JMTI melalui fax atau pos. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi JMTI di talian 04-5087800 samb. 2995/ 2204.