Tuesday, June 23, 2009

Gerakan Grassroot Leaders oppose Huan's Suspension

http://malaysiakini.com/news/107081




Kenyataan Akhbar Menyokong Huan Cheng Guan

KENYATAAN AKHBAR
AHLI CAWANGAN TAMAN SUPREME, CAWANGAN STADIUM, CAWANGAN BUKIT TAMBUN ( BAHAGIAN BATU KAWAN )


Tujuan sidang media ini dipanggil adalah bagi merakamkan rasa kecewa serta terkilan ahli – ahli Gerakan di peringkat akar umbi dengan sikap dan tindakan segelintir pemimpin atasan Parti bukan sahaja di peringkat Nasional tetapi di peringkant Negeri dan Bahagian juga. Parti Gerakan kini dapat dilihat dikendalikan sebagai sebuah Syarikat swasta.

Keputusan Central Working Committee ( CWC ) untuk memecat Naib Presiden Saudara Huan Cheng Guan amat mengecewakan ahli di peringkat akar umbi. Ini kerana keputusan diambil tanpa memberi peluang kepada Saudara Huan untuk mempertahankan diri beliau. Selain daripada itu, dua orang pemerhati dipercayai turut mencadangkan serta memaksa CWC mengambil keputusan menggantungkan keahlian Saudara Huan selama 3 tahun.

Kami ingin menekankan di sini bahawa, sekiranya CWC dan Parti Presiden YB. Senator Tan Sri Koh Tsu Koon yakin keputusan yang diambil terhadap Saudara Huan berlandaskan dengan perlembagaan parti, ‘Mengapakah beliau melarikan diri apabila beliau disoal mengenai keputusan CWC’ ketika sidang media di Parlimen semalam berkenaan dengan KPI Menteri. Kami musykil bagaimana beliau dapat mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia sebagai Menteri Perpaduan, apabila Parti sendiri berpecah belah.

Selain daripada itu, berita Star Online (Defiant Gerakan man may join another BN party, not the Opposition http://thestar.com.my/news/story.asp?file =/2009/ 6/23/nation /41 71401&sec=nation ) yang memaklumkan bahawa Setiausaha Agung tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut, cukup mengecewakan kerana ini menunjukkan pemimpin parti yang mengambil keputusan tersebut tidak bersedia untuk menerangkan atau mempertahankan keputusan tersebut. Mereka sedar tindakan mereka tersebut tidak berasas dan diambil semata – mata untuk menyenagkan hati ‘segelintir individu’ di dalam Parti. Saudara Teng Chang Yeow mempunyai masa untuk diluangkan di ‘FACEBOOK’ bersama rakan – rakan lain, tetapi tiada masa untuk menjawab kepada para media mengenai tindakan tidak beretika yang telah dilakukan

Kami percaya hanya sebuah jawatankuasa disiplin yang layak untuk mengambil keputusan terhadap seorang ahli dan individu tersebut perlu diberi peluang untuk menerangkan atau memberi pendapat. Kami kesal kerana, kami di peringkat akar umbi perlu berkerja untuk masyarakat untuk memberi semula keyakinan masyarakat terhadap Barisan Nasional. Pemimpin atasan pula, bertindak mengikut suka hati mereka dan ini menyukarkan kami untuk menjawab kepada ahli – ahli.

Pemimpin Gerakan kini masih belum sedar daripada kekalahan teruk Pilihanraya umum ke 12 dan masih mahu menghancurkan parti bukan sahaja di peringkat atasan malahan di peringkat akar umbi juga. Pemimpin Bahagian antaranya membuat pelantikan ahli JKKP Kawasan mengikut suka hati sendiri tanpa mengambil kira pandangan pemimpin tempatan atau Cawangan kawasan. Ahli yang tidak pernah menghadiri mesyuarak dari 2007 ketikan menjadi ahli JKKK masih dilantik sebagai ahli JKKK.

Ini menunjukkan masalah pemimpin parti untuk membuat keputusan seara peribadi bermula di peringkat akar urbi sehingga ke peringkat atasan. Kami meminta Presiden Parti untuk menyelesaikan masalah ini dengan berasaskan serta mengikut perlembagaan parti. Gerakan tidak sepatutnya menghancurkan kareer politik individu muda yang berkebolehan