Thursday, September 11, 2008

Second Letter Against Racial Remarks By SMK Panglima Tok Garang Teacher

Tarikh : 11 September 2008

Melalui : AR Registered


YB Dato Seri Hishammudin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 10 Blog E8,
Komplek Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Y.B IR Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 9, blok E 8
Komplek Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62604 Putrajaya.

Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr,

ADUAN DAN BANTAHAN ‘KEDUA’ TERHADAP SIKAP KURANG AJAR DAN TIDAK BERETIKA SEORANG GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT SELANGOR.

Semoga YB Dato Seri / YB Dr, sentiasa diberkati dan dikurniakan hidayah didalam melaksanakan tugas dan tangungjawap seharian disamping terus beroleh kesejasteraan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Maka dengan yang demikian untuk kali keduanya pihak kami merujuk sekali lagi isu yang telah dilaporkan menerusi akhbar The Star Online bertarikh 4 Ogos 2008 dan surat kami bertarikh 21 Ogos 2008 adalah juga berkaitan.

Sehubungan itu, seperti yang telah dilaporkan bahawa seorang guru dari Sekolah berkenaan dengan secara sedar telah mengeluarkan kenyataan dan perkataan yang menyinggung serta menghina kaum India di Negara ini. Wajar diulangi , bahawa diantara kenyataan yang disebut adalah seperti berikut “ KELING PARIAH, NEGRO DAN MONYET HITAM”
Selain daripada itu , ialah :

i. Orang India datang / lahir dari anjing

ii. Kaum India bodoh dan kearah gangsterism serta Pencuri.

iii. Kanak kanak India adalah Pelacur

iv. Pemuda India tiada telur.

Dengan berdasarkan kewajaran kehidupan didalam sebuah Negara yang didiami oleh pelbagai kaum, maka kenyataan dan penghinaan seperti itu sepatutnya tidak berlaku. Oleh itu perbuatan itu jelas memperlihatkan unsur unsur menghina dan menjatuhkan maruah sesuatu kaum. Pada pendapat kami, berasaskan kepada pegangan agama, nilai, budaya, peradaban, falsafah kehidupan, kepercayaan, dan apa saja corak latar belakang masyarakat di Malaysia, maka perbuatan seperti itu harus dianggap sebagai perbuatan yang mempunyai niat yang jahat dan seharusnya di dikutuk.

Semua pihak harus memandang berat terhadap isu tersebut, kerana sikap berdiam diri akan hanya menyuburkan nilai nilai negatif dalam masyarakat kita dan ini sudah pasti akan ada tindak balas yang akan memunkinkan timbul masalah yang tidak sepatutnya menjadi pemangkin yang buruk kepada masyarakat keseluruhanya. Atas kewajaran tersebut, kami mengemukan beberapa persoalan dan kenyataan untuk menjadi atas pertimbangan didalam menilai semula isu berkenaan:

  • Apakah wajar kenyataan tersebut keluar dari mulut seorang yang bertangung jawab dan terlatih dalam bidang pendidikan. ?
  • Wajarkah individu tersebut terus dibiarkan berada dalam sebuah institusi pendidikan di Negara ini ?
  • Apakah tidak ada tindakan diambil terhadap mereka yang ternyata melanggar etika dan menghina kaum kaum di Negara ini ?
  • Apakah Pihak Kementerian hanya memandang sepi dan serong terhadap aduan dan tingkah laku tenaga pengajar yang secara sedar telah melakukan perbuatan yang menyalahi prinsip pendidikan Negara ?
  • Apakah manusia yang sihat, waras, terlatih, berilmu, bertangungjawap, berpendidikan dan berperanan sebagai pengajar wajar mengeluarkan perkataan dan kenyataan seperti itu ?
  • Apakah tidak ada kod etika yang boleh dikenakan tindakan terhadap guru berkenaan ?

Oleh yang demikian pihak kami berharap YB Dato Seri / YB Dr, dapat menilai semula kenyataan tersebut agar tindakan yang lebih proaktif dapat diambil dengan kadar segera. Kami yakin ini akan dapat membendung masalah ini daripada terus menjadi kemelut didalam masyarakat kita khususnya kaum India.

Kami yakin, bahawa YB Dato Seri / YB Dr, yang pendirian jelas dan insaf mengenai isu yang berunsur perkauman mampu memberi komitmen untuk menanganinya agar perkara ini diambil tindakan segera serta memastikan ianya tidak terjadi juga kepada kaum kaum lain di Negara ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar

Signed

----------------------

Sk.

Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia.

YB. T. Murugiah
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri

YB Dato Seri Tiong King Sing
Pengerusi BNBBC Merangkap Ahli Parlimen Bintilu

Y.Bhg. Mejar ( K ) Huan Cheng Guan
Pengerusi BN Batu Kawan, Merangkap
Setiausaha Eksekutif BNBBC

Pengetua & Pengerusi PIBG
Sek. Men. Keb. Telok Panglima Garang