Monday, August 4, 2008

Aduan Kepada Menteri Pelajaran Terhadap Guru Sekolah SMK Telok Panglima Garang, Selangor Yang Kurang Ajar.

Kepada,
Menteri
Pelajaran YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Pejabat Menteri Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras
10, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran,
Y.B. IR. DR. WEE KA SIONG
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 9, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr,

ADUAN TERHADAP GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PAGLIMA GARANG, KUALA LANGAT SELANGOR YANG KURANG AJAR.

Semoga Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr, sentiasa dikurniakan keberkatan dan hidayah dalam melaksanakan tugas harian di samping beroleh kesejahteraa. Dengan segala hormatnya perkara diatas dan keratan akhbar The Star Online bertarikh 4hb Ogos 2008 adalah dirujuk.

Seperti yang pihak Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr sedia maklum, seorang guru dari sekolah yang disebutkan diatas telah bertindak serta berkelakuan seperti orang yang kurang siuman dengan mencerca dan menghina Kaum India. Penggunaan perkataan – perkataan ‘KELING PARIAH, NEGRO, dan MONYET HITAM ’. Guru tersebut juga telah menulis perkataan Keling Pariah di papan hitam bilik darjah. Kami masyarakat India di kawasan ini amat kecewa dan AMAT TIDAK BERPUAS HATI dengan kata kata yang dikeluarkan termasuk seperti :-

i) Orang India datang / lahir dari anjing

ii) Kaum India Bodoh dan kearah gangesterism serta kecurian

ii) Kanak – kanak India adalah anak pelacur

iv) Pemuda India tiada telur

Saya cukup musykil apakah guru tersebut mengalami masalah mental atau sakit jiwa. Tiada seorang pun manusia waras akan berkelakuan sebegitu rupa. Apakah guru tersebut tidak sedar bahawa kita bermaustatin di sebuah Negara majmuk dangan pelbagai kaum, agama dan bangsa. Tidakan guru tersebut dapat memberi perspeksi negative terhadap guru – guru sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri sekaligus seluruh Kementerian Pelajaran termasuk Menteri dan Timbalan Menterinya.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr lagi, kami sebagai pemimpin masyarakat tempatan dan juga dari ahli sebuah parti komponen BN terpakasa menjawab kepada masyarakat di peringkat akar umbi. Sudah pasti sesiapa pun yang akan berasa terkilan dengan kata – kata kesat yang telah dikeluarkan oleh seorang guru yang menghadapi masalah mental.

Oleh yang demikian, berasaskan, rungutan dan aduan serta ketidak puasan masyarakat India, satu tindakan drastik perlu diambil terhadap guru tersebut. Kewajaran tindakan bukan harus menjurus atau berdasar kepada kaum India sahaja malahan kepada seluruh warga Negara ini yang hidup aman diantara satu sama lain. Apalah ertinya berbangga dan bermegah dengan usaha mencapai Wawasan 2020 apabila terdapat duri dalam daging di kalangan kita yang ingin menghancurkan keamanan dan kemakmuran Negara. Kursus – kursus, iklan, seminar ‘BUDI BAHASA, BUDAYA KITA’ yang dijalankan oleh Kerajaan perlu diterapkan kepada bukan sahaja gugu – guru baru malahan kepada mereka yang sudah berkhidmat untuk sesuatu masa.

Semoga pihak Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr, akan mengambil tindakan yang menjurus kearah mengembalikan kepercayan rakyat terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan. Sekian.

Terima Kasih

Yang Benar,
Prabakaran A/L Krishnan PJM & Velaendan A/L Pakiry PJM


s.k

Y. Bhg Huan Cheng Guan
Pengerusi BN Batu Kawan Merangkap Setiausaha Eksekuitif BNBBC


Nordin Bin Saad
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang
Kuala Langat
42500, Selangor Darul Ehsan


Pengerusi PIBG
Y.Bhg Dato’ Hj Sulaiman b Hj Karli
Kuala Langat
42500, Selangor Darul Ehsan

Source : The Star
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/4/nation/20080804174525&sec=nation
http://malaysiakini.com/news/87278