ISU PERTAMA - PDC MENGGONDOL DAN MERATAKAN BUKIT BATU KAWAN DISEBELAH SELATANISU KEDUA – PDC MENGOREK DAN MENGGONDOLKAN BUKIT BATU KAWAN DI BAHAGIAN
Keseluruhan Bukit tersebut telah digondol dan kerja kerja
mengeluarkan tanahdan meratakannya terus berjalan seperti
biasa. Semasa Negeri ini dikuasi oleh Kerajaan Barisan Nasional,
pembangkang iatu DAP pada masa itu pernah mempersoalkan tindakan
tersebut dengan meletakan kepentingan alam sekitar sebagai
alasanya. Namun tiada siapa yang perduli. Bukit berkenaan
terletak berhadapan dengan laut, ianya menjadi tampanan kepada
angin rebut dan taufan yang datang dari arah laut. Tapi kini
semuanya musnah. Pertanyaan saya, Dimanakah Jabatan Alam Sekitar?
Kemana perginya mereka yang sering berseminar dan bercakap tentang
kepentingan alam sekitar? Semuanya menjadi bisu.
Kerja mengorekan dan meratakan bukit sedang rancak dijalankan dan ada ketikanya sehingga kepukul 11.00 malam. Tanah tersebut dikeluarkan untuk Projek Penang Science Park di Seberang Perai Tengah. Apa yang lebih malang dan sangat mendukacitakan ialah dibahagian bawahnya terletak Kampung Masjid Batu Kawan. Kedudukan bukit berkenaan adalah berhadapan dengan kuala sungai , kedudukannya menjadi tampanan kepada angin rebut yang datang dari arah kuala sungai. Apakah Projek Penang Science Park dan Para Pelabur dari Jepun atau pihak kontraktor itu lebih penting dari warga Malaysia diKampung Masjid Batu Kawan, maka PDC tidak perlu memandang walau sebelah mata terhadap makluk disitu. Apakah tiada lansung pihak yang prihatin dan bertangungjawap untuk turut berasa bersalah serta tersentuh akal budi mereka untuk sama sama merasai masalah tersebut. Kemana perginya slogan masyarakat penyayang, kemana hilangnya kempen Cintai Alam Sekitar, dimana lenyapnya semangat dan kesedaran Sambutan Hari Bumi yang baru sahaja disambut seluruh dunia.
Terdapat banyak misteri dan perkara yang masih lagi belum diterokai di Bukit Batu Kawan.
Selain daripada mitos dan sejarah yang cukup menarik terdapat haiwan – haiwan pelik di kawasan ini. Adalah wajar sekiranya bukit ini ipulihara dan dijadikan bukit Bersejarah. (http://praba7.blogspot.com/2007/09/history-of-batu-kawan.html)